.

.
AMARAN : semua hasil karya adalah 100% hak milik penulis.boleh copy jika mahu dengan bersyarat,kreditkan ke link blog penulis asal.memplagiat,mengcopy,cetak rompak, sebagai hak milik sendiri adalah di larang sama sekali.sekian terima kasih kekasih.
.

Wednesday 22 June 2011

Bisikan Suara Sang Perindu



Jauh-jauh ku renung mentari itu
hampir terbenam membiaskan
warna-warna indah
hari yang tadi hangat semakin
dingin dan sejuk

bising-bising ombak
aku abaikan terpaku dengan
renungan kosong tanpa perisa
dia datang lagi kembali ganggun aku
kenangan lalu

pejam mata cuba untuk melupakan
tapi imbasan itu berputar tiada hentinya
ah,teriaklah jeritlah pada alam
biar sumbang suara kedengaran
asal saja hati merasa puas

tahu,kau itu sudah lama sakit
sakit memendam rindu dari kejauhan
yang amat panjang.....





Monday 20 June 2011

Nyatakan Cinta

lagu latar : sedetik lebih - anuar zain



katakanlah kau benar cintai ku
aku mahu kau persembahkan
selaut bukti bagi ku berpegang teguh
pada setia janji manis mu.
gelora ombak tak mampu atasi
gelodak jiwa yang sedang meronta

kau tahu,
sungguh aku begitu kasih pada mu
bukan sekadar sedetik tapi lebih lagi
ah,ini sekadar janji lisan tanpa tulisan
bisakah kau yakini kata ku?

bisik-bisik halus
lalu mari datang dekat bicara sama aku.
tahu,dalam hati ini ada gelombang rindu buat mu?






Friday 17 June 2011

Genab 8



Beberapa jam lalu.....
kau di lihat tenang kuat tak berperasaan
meski jauh sudut hati kau menyimpan
rasa yang beribu.

.
diam
.
diam
.
diam
.
.
.
syhh...
ada satu suara yang berbisik
jujurlah dengan hatimu jiwamu nafasmu
kau ini lemah
masih mahu berlagak kuat?

ada genang jernih di tubir mata paling hujung
kau dongak kepala cuba untuk tahan
daripada ia lerai
kau ego!

zahirkanlah!
mengapa harus kau memaksa rasa itu
tenggelam dalam nadi mu?
kenangan tak semestinya harus kau
hapuskan.

ya...
aku kenang dia aku kenang dia
dia yang aku sayang sekian lama
yang aku kasih hingga nafas terhenti....





:: selamat hari jadi sayang...
aku yang menulis dengan roh rindu




Tuesday 14 June 2011

Bulan Rindu



kursus "lesen memandu"

kamu pandang gadis itu dan kamu suka lihat dia




Ingat tak lagu dewa "pupus"?

cinta yang bertepuk sebelah tangan



puasa

aku ingat "kuih cara" hijau bergula



si gadis "tulang ikan" minat kamu

siapa dia gadis tulang ikan?



"rose merah" tanda minta maaf dari kamu

untuk dia dan dia terima



"rantai silver loket hati kirtstal biru"

"balang kaca berbentuk bintang penuh dengan bintang kertas"



roda-roda merah dan roda-roda biru

ada "nota comel" untuk kamu





bulan rindu & bintang sayang