.

.
AMARAN : semua hasil karya adalah 100% hak milik penulis.boleh copy jika mahu dengan bersyarat,kreditkan ke link blog penulis asal.memplagiat,mengcopy,cetak rompak, sebagai hak milik sendiri adalah di larang sama sekali.sekian terima kasih kekasih.
.

Thursday 17 December 2009

Mengharap Cahaya

di kala senja melabuhkan tirainya
dan malam pun menjelang tiba
aku masih lagi duduk kaku disini
sendirian keseorangan
lautan luas ku pandang kosong
langit gelap suram dan muram
tanpa bulan tanpa bintang
hilang serinya tiada cahayaaku bagaikan terbuang
di tengah kekosongan
jauh dari keriuhan
jauh dari keramaian
satu persatu wajah ku tatap
tiada perasaan
aku cuba berteriak tapi
tiada siapa yang mendengar
lalu aku berlari selaju yang mungkin
cuba mengejar cuba mengapai
tapi apakan daya tangan ku tak sampai
berlutut aku di tengah kegelapan
mendongak ke langit mengharapakan munculnya cahaya
tapi hampa...
adakah ini penamat episod cerita luka?

Wednesday 16 December 2009

Imbasan Memori Itu

Imbasan memori kembali menerjah
saat maut datang bertandang
tanpa diundang...
tika itu kau pergi dengan berwajah tenang
tanpa kesakitan tanpa siksaan
pergi mu meninggalkan kenangan
meninggalakn kesalan pada aku
sebagai dosa yang tak terampun...

Friday 6 November 2009

Dalam Arus Ini

Di sini tetap ku berdiri
dalam menentang arus ini
merasakan kesakitan akibat
di langgar air yang deras
sejuk mebeku
seperti jiwaku...

memandang ke langit kosong
tiada berperasaan
langit mendung...
guruh berdentum...
aku kaku
bagai di pasung di sini

tidak dapat lari
tidak dapat sembunyi
lalu...

hujan yang turun membasahi
tubuh kaku itu
aku cuba berteriak
namun tiada yang mendengar
aku cuba melambai
tapi aku di abai
terduduk ku lemah
lesu tak bermaya

sinar pelangi itu
bagaikan harapan tanpa noktah
guruh berdentum lagi
bagaikan memarahi aku
aku mulai lemah tak berdaya
aku tak mampu berdiri
apalagi untuk terus berlari...
mungkinkah sampai di sini
destinasi tuju ku?

Tuesday 29 September 2009

Hujan

menangis lagi.........
ku duduk berteleku
sambil mengenang kembali akan
kesilapan diri
menginsafi diri yang
terkadang kala lalai
dan lupa dgn keenakkan
dunia sementara ini.......
YA ALLAH.........
aku hanya insan lemah disisimu..
aku akui kelemahan ku
aku alpa dengan duniamu
YA ALLAH......
ampunkanlah hambamu
sesungguhnya aku tak sanggup
berjauhan denganmu..
maka......
aku dengan penuh rase rendah diri
sujud kepadaMU
YA ALLAH...
kau terimalah diriku
yang hina ini....
sesungguhnya aku masih
memerlukan mu dalam menempuh
kehidupan ini.....
berikanlah aku kekuatan
menghadapi ujian dan dugaan dariMU...
sesungguhnya aku tidak kuat
menempuhnya sendirian
tabahkanlah hatiku
kuatkanlah iman ku
ku bermohon kepadamu
YA RABBI.......

Thursday 16 July 2009

Keabadian

disaat aku mula sedarakan sesuatu,
aku mulai berlari
sejauh yang mungkin,
meninggalkan kenangan
meninggalkan sepi...
aku terus berlari
berlari selaju mungkin,
mengejar kepastian itu

namun...

sejauh manakahaku mampu bertahan???
sehingga tiba waktunya
nanti aku sendiri
akan berhenti dalam
kepenatan...
dan keabadian itu
akan tetap ku buru
hingga ke garisan
akhir nanti.....

Monday 1 June 2009

Kosong

kesuraman ini kegelapan ini,
aku berlutut di tengah padang
kekosongan,
sejuk dingin meresapi ke setiap
tulang rangkaku,
aku memandang kelangit hitam,
pekat gelap sunyi ku rasakan,
entah kali yang keberapa,
ku memandang ke arah langit itu,
mengharapkan akan ade cahaya
untuk ku berpandu,
namun hampa ku rasakan,
sesekali ribut itu datang,
menerbangkan tubuh lemah longlai,
tidak berarah,
aku terhempas ke pergunungan usang,
tetap masih kosong keseorangan...
kedengaran suara tertempik ,
tanpa wajah tanpa jasad,
aku mencari-cari ke mana datangnya arah,
kau mencaciku kau mencercaku,
seolah-olah aku tidak berperasaan,
keikhlasan ku kau curigai,
ketulusan ku kau tidak peduli,
hanya kerana aku bukan GRADUAN,
hanya kerana aku bukan JUTAWAN,
dan kerana itu senduku kau perbodohkan,
kerana itu juga aku kau sisihkan,
aku kau perlakukan seperti robot
ciptaanmu,
yang telah diprogramkan,
hanya untuk mendengar segala arahanmu...
ku cuba memandang wjahmu,
mengharapkan setitis kasih darimu,
namun intan permata menjadi keutamaanmu,
dan aku disini hanya mampu,
berharap dan terus berharap,
akan satu masa nanti kau akan tersedar,
kewujudan ku disini...

Wednesday 13 May 2009

selamat hari ibu

Ibu...
namamu tersimpan di hatiku,
dirimu ku rindu selalu,
hadirmu hilanglah senduku,
hanya engkaulah,
tempat untuk ku mengadu.
Ibu...
engkaulah ratu hatiku,
engkulah serikandiku,
engkau juga cahaya ku,
kerana tanpa mu...
aku tidak akan wujud di bumi ini,
kerana tanpa mu...
aku tidak dapat merasai kasih
sayangmu yang setulus ini.
Ibu...
engkau bagaikan pahlawan
di medan perang ini,
sanggup kau berkorban nyawa
demi melahirkan ku.
sanggup kau menjadi pelita
kudi kala ku tersesat di dalam,
kegelapan malam itu.
sanggup kau berhujan panas,
demi menjaga keselamatan ku.
Ibu...
keegoan ku adalah sabarmu,
keras hatiku adalah kasih sayangmu,
Dikala aku di pinggirkan,
tak pernah sekali pun kau meninggalkan ku,
kerana kau adalah ibu ku...
kerana aku adalah anak mu
meski pun anak mu ini,
adakalanya mengguris hatimu,
tapi tidak pernah sekalipun,
engkau menyakiti ku.
Ibu...
ingin sekali ku memelukmu kini,
ingin sekali ku mencium pipi mu kini,
kerana ku amat menyayangimu,
kerana ku amat merinduimu,
hanya engkaulah ibu terbaik buatku,
hanya engkaulah ibu paling sempurna bagi ku........

Thursday 12 March 2009

Kebahagiaan

saat yang paling
indah ialah
apabila impian
menjadi kenyataan
namun tak semua kenyataan
itu boleh membahagiakan...

Keseorangan

Dikala kesunyian melanda,
diri terpaku sendirian,
di jalanan sepi...
laluku coretkan sebuah
puisi sepi yang
menagih seribu kerinduan...
takala hati dihujani sepi,
ingatan ku terbang melayang,
bersama kenangan...
ku berlayar di lautan,
kapal ku karam ditengah kekosongan,
yang meninggalkanku keseorangan...

Mac Menjelma Kembali

mac....
kini kau menjelma lagi,
untuk sekian kalinya,
mengganggu fikiran ku,
kenangan ku kesedihan ku,
kesunyian ku...
mac...
engkau menggangu ku lagi,
untuk sekian kalinya,
menyentuh kalbu di hati ku,
membuatkan ku teringat kepadamu,
tentang insan kesayangan ku...
mac...
setiap tahun ku cuba mlenyapkan
kenangan itu
setiap tahun juga ku harapakan
kebahagiaan itu
namun...
kelukaan dulu,
sering menguji ketabahan ku,
kesabaran ku,
adakalanya aku bertanya sendiri,
mampukah aku menghadapinya?
mac...
aku tidak kuat,
aku lemah,
aku terjatuh lagi,
untuk kali ini...

Thursday 19 February 2009

Di Saat Kau Mula Mebisu

Wajah mu membiru,
dingin saat ku genggam
jemarimu,
senyummu tak bergerak
diam membisu,
lirik mata
nan indah selama ini
menatap penuh erti,
kini tertutup untuk selamanya,
Belum sempat,
semuanya wujud,
impian kita,janji kita,
tujuan kita,
kau telah pergi...
benih khayalmu,
tak lagi tumbuh berbunga,
sumua menjadi serpihan,
berterbangan di tiup angin,
pergi tanpa jejak,
meninggalkan kenangan...

Puisi Kasih Buat Che-Are

KEHADIRAN MU AMAT KU,
NANTIKAN SELAMA INI,
TAWA MU INGIN KU,
DENGARI SETIAP HARI,
KU INGIN KUCUP PIPI GEBUMU,
KU INGIN LIHAT SINAR MATAMU,
NAMUN BEGITU............
HADIRMU SEMENTARA CUMA,
KAU PERGI MENINGGALKAN KU,
JAUH DARI SISI KU,
BERSAMA PENCIPTA AGUNGMU..
KU REDHA PEMERGIANMU,
KERANA KU PASTI,
KEBAHAGIAAN MENANTIMU,
DI SYURGA ABADI.........
.
.
.
.
mood = kakak rndukn che-are syg........ (:'_':)