.

.
AMARAN : semua hasil karya adalah 100% hak milik penulis.boleh copy jika mahu dengan bersyarat,kreditkan ke link blog penulis asal.memplagiat,mengcopy,cetak rompak, sebagai hak milik sendiri adalah di larang sama sekali.sekian terima kasih kekasih.
.

Thursday 17 November 2011

Tak Mengapa



dulu...
kau janji pada aku akan setia
akan sayangkan aku sampai bila-bila

sekarang...
kau dah hilang tanpa kesan
tinggalkan aku tanpa pesan

tak mengapa...
aku diamkan aku biarkan
dengan harapan satu masa
kau akan datang cari aku semula

satu hari,
kau telefon aku guna nombor lain
dengar saja suara tiada lain yang aku fikir
melainkan kau

kau teruja
sebab aku masih ingatkan kau
walau dah bertahun kau menghilang
dan kita jumpa

satu meja duduk saling mengadap
kau pandang aku dan aku pandang kau
dah berubah kau makin kurus
tak macam dulu lagi

tak mengapa...
sayang aku masih sama
tidak ada yang berubah
tapi kau mahu mengubah

kau kata
lupakan aku kita tak sama
kau kata
cinta itu bukan untuk kita
aku terkedu
tak mengapa...




Tuesday 8 November 2011

Pilihan




jika di berikan pilihan antara siang dan malam?
aku pilih malam.

jika di berikan pilihan antara bulan dan matahari?
aku pilih bulan.

jika di beri pilihan antara kanan dan kiri?
aku pilih kiri.

jika di beri pilihan antara mimpi dan realiti?
aku pilih mimpi.


nyatanya pilihan kau semuanya fantasi
lari dari realiti kerana kau penakut
buka mata luas dan pandang ke hadapan
kau tetap mahu tunduk kaku dan bisu

kau masih sedih hati masih pilu
ada bau-bau rindu yang kau hidu
tapi kau simpan pendam
hingga ia menjadi dingin dan beku.