.

.
AMARAN : semua hasil karya adalah 100% hak milik penulis.boleh copy jika mahu dengan bersyarat,kreditkan ke link blog penulis asal.memplagiat,mengcopy,cetak rompak, sebagai hak milik sendiri adalah di larang sama sekali.sekian terima kasih kekasih.
.

Wednesday 13 May 2009

selamat hari ibu

Ibu...
namamu tersimpan di hatiku,
dirimu ku rindu selalu,
hadirmu hilanglah senduku,
hanya engkaulah,
tempat untuk ku mengadu.
Ibu...
engkaulah ratu hatiku,
engkulah serikandiku,
engkau juga cahaya ku,
kerana tanpa mu...
aku tidak akan wujud di bumi ini,
kerana tanpa mu...
aku tidak dapat merasai kasih
sayangmu yang setulus ini.
Ibu...
engkau bagaikan pahlawan
di medan perang ini,
sanggup kau berkorban nyawa
demi melahirkan ku.
sanggup kau menjadi pelita
kudi kala ku tersesat di dalam,
kegelapan malam itu.
sanggup kau berhujan panas,
demi menjaga keselamatan ku.
Ibu...
keegoan ku adalah sabarmu,
keras hatiku adalah kasih sayangmu,
Dikala aku di pinggirkan,
tak pernah sekali pun kau meninggalkan ku,
kerana kau adalah ibu ku...
kerana aku adalah anak mu
meski pun anak mu ini,
adakalanya mengguris hatimu,
tapi tidak pernah sekalipun,
engkau menyakiti ku.
Ibu...
ingin sekali ku memelukmu kini,
ingin sekali ku mencium pipi mu kini,
kerana ku amat menyayangimu,
kerana ku amat merinduimu,
hanya engkaulah ibu terbaik buatku,
hanya engkaulah ibu paling sempurna bagi ku........