.

.
AMARAN : semua hasil karya adalah 100% hak milik penulis.boleh copy jika mahu dengan bersyarat,kreditkan ke link blog penulis asal.memplagiat,mengcopy,cetak rompak, sebagai hak milik sendiri adalah di larang sama sekali.sekian terima kasih kekasih.
.

Saturday 18 December 2010

Melepas Bebas



Melepas bebas
melayang ke udara
tinggalkan yang tersisa
dan yang kau terjumpa
bisa di dakap erat melekap ketat



"ah,bisa saja menjadi rindu yang maha padat.kan?"


Tuesday 14 December 2010

Punah

pantulan bayang dalam kaca
lihat mahkota yang lesu
harapan ranap semua
punah habis semua
yang jatuh gugur dikira
satu persatu
semakin hilang seri.

Assalamualaikum Calon Jenazah

Kaulah setitis benih yang di salurkan
berenang pantas menuju kemolekul
penting untuk di lengkapkan
bercambah lalu di senyawakan
dari segumpal daging
menjadi tulang belulang
lalu membentuk susuk
dan di tiupkan nyawa keatasmu
kau lengkap membentuk
sebagai jasad yang
bakal di lahirkan
tetapi dengan bersyarat
dan perjanjian
lalu roh di tiupkan keatasmu
jangan kau lupa
kau hidup adalah untuk mati
dan kau juga mati adalah untuk hidup
ini perjanjian ini syarat yang kau ikat
jangan kau lupa kau juga adalah
calon jenazah yang akan menanti
giliran untuk di hadapkan.

Saturday 11 December 2010

Hati Kecil Berbisik Sayu

hari yang cerah
boleh bertukar mendung
senyum gembira
boleh bertukar duka
.
.
tak gembira
sentap
.
.
.
.
.
.
senyap sunyi sepi
malam itu gelap mendung
hujan lagi sejuk beku dingin
langit kosong tiada bintang
.
ada sayu ada pilu
hati terguris terluka
sakit lagi...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
apa makna bahagia sebenarnya?
.

Wednesday 8 December 2010

Yang Kau Rasa

Yang kau rasa hidup ini palat..
kataku langit itu kosong tanpa palitan..
yang kau rasa hidup ini tawar..
kataku pelangi itu banyak warnanya..
yang kau rasa hidup ini lurus..
kataku jalan itu terlalu banyak cabangnya..
yang kau rasa hidup itu terlalu sempurna..
kataku hidup ini adalah cabaran..
yang kau rasa hidup ini banyak cerita..
kataku kita adalah pelakon dalam layar..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
DIAM!

Tuesday 23 November 2010

Utusan Rindu

Dari segenab wajah yang gagah
terselindung duka yang parah
masih melutut
dongak pandang ke langit
menyerah pasrah pada yang Esa
.
Bicara dengan bulan
berbisik bersama bintang
sembunyi rasa di sebalik awan
masih terkenang-kenang
yang semakin berjauhan
ada rindu yang tersimpan
.
.
.
.
(senyap)
.
.
.
.
Aku bukan seorang pujangga hebat
aku bukan seorang pemuitis di segani
aku hanya mencari lorong-lorong
kosong untuk menjerit
sekuat hati
.
masih terkenang lagi
pelukkan hangat membakar jiwa
ciuman mesra
penambat derita
kau pergi tika itu...
.
usahlah kau peduli dengan kata ku
ini hanyalah cebisan
utusan rindu buat mu
.
.
.

Sunday 14 November 2010

Yang Tertinggal

Cari selongkar dan sepahkan
.
.
kau terjumpa...
.
.
lihat satu-satu teliti
.
.
terkenang teringat imbas
.
.
sakit perit pedih
.
.
bau itu tetap masih sama macam dulu
.
.
dakap erat.....
.
.
tutup dan simpan semula
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
(senyum sambil kesat airmata)

Thursday 11 November 2010

Awan Kelabu

Meniti masa berakhirnya tengkujuh
hujan masih turun
dataran masih basah dan lembap
sejuk dingin membeku
tiada langsung kehangatan cahaya
.
sunyi sepi menyelubungi
pandangan sayu terlepas
hanya melihat dari kejauhan
lambaian itu semakin hilang
.
.
.
hilang.....
.
.
.
hilang.....
.
.
.
hilang.....
.
.
.
hilang.....
.
.
.
masih di sini
berdiri kaku dan mengharap
hujan akan berhenti
.
.
.
.
.
.
.
mana cahaya ku?
.
.
.

Wednesday 10 November 2010

Masih Hujan

Hilang dalam kesamaran gelap
mata bertentang
bibir terkunci
pandang itu seakan mengharap
berbalas pandangan kosong
.
berpelukkan dingin malam
mendung berarak
sayup angin berhembus
hujan lagi
.
dongak ke langit
kosong
bulan ghaib
bintang lenyap
tiada cahaya
masih hujan lagi.....

Monday 8 November 2010

Tercari-cari

Malam itu gelap dingin
.
.
Hujan lebat
.
.
Secawan milo tarik
.
.
Hangat.....
.
.
Renungan itu sayu
.
.
Pandangan itu penuh persoalan


Langsung kosong .....
.
.
.
.
.
.

Friday 29 October 2010

Satu Pertemuan

Jangan menyesal pada sesebuah pertemuan
kerana tanpa pertemuan kita tidak akan mengenali seseorang.
kalau dah jodoh berapa tahun berapa jauh sekalipun
tetap akan bertemu juga akhirnya...
.
.
.
.
.
.
.
.
Syahirah Aziza
sejak bila awak mula jatuh hati pada saya,boleh saya tahu? sedangkan saya mahupun awak tidak saling mengenali.dan tak mungkin hanya sedetik itu awak boleh jatuh hati pada seseorang yang awak tak kenal seperti saya.sedangkan kita baru sekali ini bertemu,tidakkah awak berasa aneh? pada saya untuk mempercayai seseorang yang baru pertama kali bertemu bukanlah sesuatu yang mudah.bagaimana awak boleh menilai dan yakin bahawa saya adalah untuk awak?
.
.
.
Saiful Arif
saya sudah pernah nampak awak lama dulu masa tu saya sedang makan dan saya ternampak kelibat awak sekilas di cafe pada hari itu.bila saya cuba cari awak sudah tiada dan pada masa itu cafe agak sesak dengan pelajar lain.mulanya saya beranggapan mungkin itu hanya khayalan saya.dan bila masuk sem baru ini kita satu kelas dan saya temui awak di sini jadi saya fikir ini adalah takdir saya.masakan saya mahu lepaskan peluang untuk mendekati awak mungkin ini peluang kedua buat saya siapa tahu kan?

Wednesday 22 September 2010

Andai Tiada Jodoh Kita

Sesungguhnya kita hanya merancang
dan tuhan itu berhak menentukan
cinta itu adalah perasaan indah
yang di anugerahkan kepada manusia
.
.
.
.
.
.
.
Qasih Syahirah
Maafkan sya ini bukan kehendak sya tapi pilihan keluarga sya.mak ayah dah suka dekat dia dan pada masa yang sama ayah dia berkawan baik dengan ayah sya.sudah 20tahun tak jumpa,untuk mengeratkan lagi persahabatan mereka,ayah sya dan ayah dia mahu kami di satukan untuk terus kekalkan persahabat mereka.sungguh pun dia seorang lelaki yang baik,tapi hati sya hanya sayangkan iman saja.sya tak layak untuk lelaki sebaik dia.
.
.
.
Saiful Iman
sya sayang,jangan kata begitu jika kedua orang tua sudah setuju,jangan di ingkari.mungkin pilihan keluarga itu lebih baik untuk diri sya.mungkin bukan jodoh kita untuk bersatu,kita hanya merancang dan tuhan lebih berhak untuk menentukan.setiap dari kejadian sudah tentu ada hikmahnya sya.terimalah dia dengan seikhlas hatimu sya,iman rela seandainya dia adalah lelaki yang baik untuk sya.hati iman akan senang jika dia boleh jaga sya dengan lebih baik lagi daripada iman.
.

Wednesday 25 August 2010

Sembunyi

Detik rasa itu
menyentuh ke ruangan hati
masih bersisa kasih yang lalu
sembunyi di sebalik senyum
hilang tak kelihatan biarpun
di bawah sinaran mentari
takala menatap foto usang itu
hati berbaur resah
penyesalan lalu tak bisa kembali
untuk di olah semula
semua telah pergi menjadi kenangan
yang tak mungkin di ulang tayang
semula.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SAKIT

Friday 30 July 2010

Mengharap Kasihnya

Entah mengapa...
detik ini tika ini
aku lebih suka menyendiri
aku lebih suka mengasingkan diri
.
segala alat telekomunikasi
seperti hiasan yang tak berguna lagi
aku gemar menyepikan diri
aku perlukan ketenangan diri
.
lewat ini aku masih sendiri
cuba memuhasabah diri
berkhalwat dengan ilahi
aku mula menilai diri...
.
aku renung sedalamnya
ternyata aku ini masih lemah
aku masih seorang diri sehingga kini
terkapai-kapai mencari erti
.
aku takut terlalu takut
apabila aku sunyi begini
aku terasa bagaikan di ancam
aku takut....
.
bantulah aku
aku ingin berdiri gagah dan megah
aku ingin terus maju setapak kehadapan
aku tidak mahu terusan jatuh tersadung
menyembah bumi lagi...

Lepaskanlah Sayang

Lepaskanlah jika benar kau sayang
sesungguhnya segala yang pernah
kau miliki itu hanya pinjaman
Lepaskanlah jika benar kau sayang
kerana setiap pengorbanan
akan adanya kemanisan.....
.
.
.
.
.
.
.
Mawar Syahirah...
"Maafkan Mawar ini bukan kehendak mawar tapi takdir buat kita.yang merancang kita,tapi Tuhan yang berhak menentukan segalanya.Takdir buat kita hanya setakat ini,kita hanya sempat berjodoh untuk masa sesingkat ini bukan untuk selamanya.Andai ini boleh membahagiakan hati insan kesayangan,Mawar rela asalkan Mawar tidak dikatakan derhaka.Kita di pertemukan adalah untuk belajar apa itu erti CINTA tapi bukan untuk memilikinya.Maafkan Mawar,halalkan segalanya dari mula kita di pertemukan....."
.
.
Azam Maliki...
"Azam masih sayangkan Mawar,tak bolehkah ditangguhkan sebentar majlis itu Mawar? Adakah Mawar benar-benar tekad dengan keputusan orang tua Mawar sehingga sanggup tinggalkan Azam sendiri.Azam masih mengharapkan kasih Mawar seperti dulu hanya Mawar dihati Azam.Andai benar ini takdir buat kita,Azam terima biarpun jauh di sudut hati Azam masih tetap sayangkan Mawar.Azam terluka tapi tak mengapa Hati orang tua perlu dijaga.moga Mawar bahagia dengan pilihan keluarga.Azam sudah lama memafkan dan menghalalkan semua....."

Friday 2 April 2010

Jauh

Jauh...
jauh ku pandang dikau
ku lihat kau di sebalik sana
aku cuba melambai
tapi hampa

Jauh...
jauh ku lihat dikau
ku cuba berteriak
memanggil namamu
tapi kau tidak menoleh

Ku lemparkan segunung harapan
ku genggam kata2 azimat
sebagai pembakar semangat
untuk aku tetap teguh berdiri disini

Sekali lagi aku jatuh tersungkur
sakit....

sekali lagi aku tersadung
perit.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

aku meraung kecewa.....