.

.
AMARAN : semua hasil karya adalah 100% hak milik penulis.boleh copy jika mahu dengan bersyarat,kreditkan ke link blog penulis asal.memplagiat,mengcopy,cetak rompak, sebagai hak milik sendiri adalah di larang sama sekali.sekian terima kasih kekasih.
.

Friday 30 July 2010

Mengharap Kasihnya

Entah mengapa...
detik ini tika ini
aku lebih suka menyendiri
aku lebih suka mengasingkan diri
.
segala alat telekomunikasi
seperti hiasan yang tak berguna lagi
aku gemar menyepikan diri
aku perlukan ketenangan diri
.
lewat ini aku masih sendiri
cuba memuhasabah diri
berkhalwat dengan ilahi
aku mula menilai diri...
.
aku renung sedalamnya
ternyata aku ini masih lemah
aku masih seorang diri sehingga kini
terkapai-kapai mencari erti
.
aku takut terlalu takut
apabila aku sunyi begini
aku terasa bagaikan di ancam
aku takut....
.
bantulah aku
aku ingin berdiri gagah dan megah
aku ingin terus maju setapak kehadapan
aku tidak mahu terusan jatuh tersadung
menyembah bumi lagi...

No comments:

Post a Comment