.

.
AMARAN : semua hasil karya adalah 100% hak milik penulis.boleh copy jika mahu dengan bersyarat,kreditkan ke link blog penulis asal.memplagiat,mengcopy,cetak rompak, sebagai hak milik sendiri adalah di larang sama sekali.sekian terima kasih kekasih.
.

Monday 1 June 2009

Kosong

kesuraman ini kegelapan ini,
aku berlutut di tengah padang
kekosongan,
sejuk dingin meresapi ke setiap
tulang rangkaku,
aku memandang kelangit hitam,
pekat gelap sunyi ku rasakan,
entah kali yang keberapa,
ku memandang ke arah langit itu,
mengharapkan akan ade cahaya
untuk ku berpandu,
namun hampa ku rasakan,
sesekali ribut itu datang,
menerbangkan tubuh lemah longlai,
tidak berarah,
aku terhempas ke pergunungan usang,
tetap masih kosong keseorangan...
kedengaran suara tertempik ,
tanpa wajah tanpa jasad,
aku mencari-cari ke mana datangnya arah,
kau mencaciku kau mencercaku,
seolah-olah aku tidak berperasaan,
keikhlasan ku kau curigai,
ketulusan ku kau tidak peduli,
hanya kerana aku bukan GRADUAN,
hanya kerana aku bukan JUTAWAN,
dan kerana itu senduku kau perbodohkan,
kerana itu juga aku kau sisihkan,
aku kau perlakukan seperti robot
ciptaanmu,
yang telah diprogramkan,
hanya untuk mendengar segala arahanmu...
ku cuba memandang wjahmu,
mengharapkan setitis kasih darimu,
namun intan permata menjadi keutamaanmu,
dan aku disini hanya mampu,
berharap dan terus berharap,
akan satu masa nanti kau akan tersedar,
kewujudan ku disini...