.

.
AMARAN : semua hasil karya adalah 100% hak milik penulis.boleh copy jika mahu dengan bersyarat,kreditkan ke link blog penulis asal.memplagiat,mengcopy,cetak rompak, sebagai hak milik sendiri adalah di larang sama sekali.sekian terima kasih kekasih.
.

Thursday 17 November 2011

Tak Mengapa



dulu...
kau janji pada aku akan setia
akan sayangkan aku sampai bila-bila

sekarang...
kau dah hilang tanpa kesan
tinggalkan aku tanpa pesan

tak mengapa...
aku diamkan aku biarkan
dengan harapan satu masa
kau akan datang cari aku semula

satu hari,
kau telefon aku guna nombor lain
dengar saja suara tiada lain yang aku fikir
melainkan kau

kau teruja
sebab aku masih ingatkan kau
walau dah bertahun kau menghilang
dan kita jumpa

satu meja duduk saling mengadap
kau pandang aku dan aku pandang kau
dah berubah kau makin kurus
tak macam dulu lagi

tak mengapa...
sayang aku masih sama
tidak ada yang berubah
tapi kau mahu mengubah

kau kata
lupakan aku kita tak sama
kau kata
cinta itu bukan untuk kita
aku terkedu
tak mengapa...




Tuesday 8 November 2011

Pilihan




jika di berikan pilihan antara siang dan malam?
aku pilih malam.

jika di berikan pilihan antara bulan dan matahari?
aku pilih bulan.

jika di beri pilihan antara kanan dan kiri?
aku pilih kiri.

jika di beri pilihan antara mimpi dan realiti?
aku pilih mimpi.


nyatanya pilihan kau semuanya fantasi
lari dari realiti kerana kau penakut
buka mata luas dan pandang ke hadapan
kau tetap mahu tunduk kaku dan bisu

kau masih sedih hati masih pilu
ada bau-bau rindu yang kau hidu
tapi kau simpan pendam
hingga ia menjadi dingin dan beku.










Friday 21 October 2011

Kelam



Kosong saat kau sendiri
hanya titisan ujan yang menemani
sungguh ada rasa yang terdalam
tapi tak mampu kau ungkap

lewat waktu ini
segala yang pernah menjadi milik
kini sudah di lepaskan perlahan
pergi meninggalkan kau sendiri

waktu itu yang tinggal
hanyalah sebuah memori usang
yang semakin kelam
di telan waktu

dan saat roh pula menghilang
jasad di tinggal tiada rasa lagi...







Saturday 15 October 2011

Surat Cinta



kita jauh...
kau di sana aku di sini
bertemu jauh sekali tiada telekomunikasi
hanya surat utusan pengganti diri

Assalamualaikum
pembuka kata manis bicara
bait indah tertera
moga kau di sana sihat sejahtera

bermula sebagai kawan dan rapat
hanya di surat sudah terpikat
kau kata sayang aku kata rindu
bila agaknya kita dapat bertemu?

berganti bulan berganti tahun
lama sudah kita berutus
sampai masa pertemuan diatur
debar rasa bila kau menegur

hari ini di masa ini
aku beri janji kau beri harapan
untuk impian di masa depan
sama-samalah kita mendoakan.


:: lewat dulu surat kiriman itu sering aku tunggu
tapi kini tidak lagi,hanya setelah dia sendiri
memungkiri janji.terima kasih ijal.....




Tuesday 4 October 2011

Lalai


sedar akan lalai ku
membuatkan aku lemah berlutut di situ
tunduk sujud berharap doa agar
di permudahkan segalanya buat aku
namun hampa...

kau tahu,
sungguh Tuhan itu adil
hanya ganjaran buat mereka yang
sujud dengan suruhannya
beriman dengan hukumnya
tapi kau sendiri di mana?

Tuhan...
sungguh kerdil aku disisi mu
sungguh aku tidak layak untuk terus menumpang
di bumi mu menikmati setiap dari nikmatmu
masihkah ada peluang untuk aku?
tolong beri aku jalannya agar tidak tersesat lagi
kali ini.....







Wednesday 22 June 2011

Bisikan Suara Sang Perindu



Jauh-jauh ku renung mentari itu
hampir terbenam membiaskan
warna-warna indah
hari yang tadi hangat semakin
dingin dan sejuk

bising-bising ombak
aku abaikan terpaku dengan
renungan kosong tanpa perisa
dia datang lagi kembali ganggun aku
kenangan lalu

pejam mata cuba untuk melupakan
tapi imbasan itu berputar tiada hentinya
ah,teriaklah jeritlah pada alam
biar sumbang suara kedengaran
asal saja hati merasa puas

tahu,kau itu sudah lama sakit
sakit memendam rindu dari kejauhan
yang amat panjang.....





Monday 20 June 2011

Nyatakan Cinta

lagu latar : sedetik lebih - anuar zain



katakanlah kau benar cintai ku
aku mahu kau persembahkan
selaut bukti bagi ku berpegang teguh
pada setia janji manis mu.
gelora ombak tak mampu atasi
gelodak jiwa yang sedang meronta

kau tahu,
sungguh aku begitu kasih pada mu
bukan sekadar sedetik tapi lebih lagi
ah,ini sekadar janji lisan tanpa tulisan
bisakah kau yakini kata ku?

bisik-bisik halus
lalu mari datang dekat bicara sama aku.
tahu,dalam hati ini ada gelombang rindu buat mu?






Friday 17 June 2011

Genab 8



Beberapa jam lalu.....
kau di lihat tenang kuat tak berperasaan
meski jauh sudut hati kau menyimpan
rasa yang beribu.

.
diam
.
diam
.
diam
.
.
.
syhh...
ada satu suara yang berbisik
jujurlah dengan hatimu jiwamu nafasmu
kau ini lemah
masih mahu berlagak kuat?

ada genang jernih di tubir mata paling hujung
kau dongak kepala cuba untuk tahan
daripada ia lerai
kau ego!

zahirkanlah!
mengapa harus kau memaksa rasa itu
tenggelam dalam nadi mu?
kenangan tak semestinya harus kau
hapuskan.

ya...
aku kenang dia aku kenang dia
dia yang aku sayang sekian lama
yang aku kasih hingga nafas terhenti....





:: selamat hari jadi sayang...
aku yang menulis dengan roh rindu




Tuesday 14 June 2011

Bulan Rindu



kursus "lesen memandu"

kamu pandang gadis itu dan kamu suka lihat dia




Ingat tak lagu dewa "pupus"?

cinta yang bertepuk sebelah tangan



puasa

aku ingat "kuih cara" hijau bergula



si gadis "tulang ikan" minat kamu

siapa dia gadis tulang ikan?



"rose merah" tanda minta maaf dari kamu

untuk dia dan dia terima



"rantai silver loket hati kirtstal biru"

"balang kaca berbentuk bintang penuh dengan bintang kertas"



roda-roda merah dan roda-roda biru

ada "nota comel" untuk kamu





bulan rindu & bintang sayang









Thursday 19 May 2011

Hakikat



semakin menjauh kini
perlahan-lahan keluar
dan cuba untuk lari
senyap!
jangan sampai ada yang sedari.

bagaikan tiupan angin
tak kelihatan tapi tetap boleh
di rasai...
lalu datang dan pergi sekejap
hilang tanpa jejak.

mimpi yang cuba kau ubah
menjadi hakikat
sebenarnya adalah khayalan semata
ilusi yang langsung tidak pernah lengkap.

diam kamu!
kata-kata ini kau tuju buat siapa?
buat aku! buat aku!
buat aku seseorang yang telah kalah!

dengan lemah ia melangkah longlai
bagaikan seorang pahlawan yang
sudah kalah di medan pertempuran
yang tidak nyata...





Tuesday 26 April 2011

Sakit Jiwa II



cuba bertahan tapi payah
cuba bersabar tapi susah
semuanya ujian itulah dugaan
bahu berat tak mampu angkat.

kenangan bila datang
kadang kala menyakitkan
mengapa perlu diingat
kalau bisa melukakan.

dan rindu yang terpendam
berasak-asak memaksa di bebaskan
sakit menyimpan terlalu lama
penat sembunyi perasaan.

satu persatu diulang tayang
terlakar di depan mata yang tidak nyata
cuba sentuh tapi ia telus
cuba gapai tapi ia hilang.

kau sakit! kau sakit!
jiwa kau memang sakit!
kuatlah wahai jiwa.....





Sunday 24 April 2011

Sakit Jiwa



Hari ini hujan lagi
langit murung dan menangis lagi
Rintik yang jatuh kau kira satu persatu
bertakung dan melimpah.

dalam hela nafas itu
kedengarannya berat sekali
bagai memikul beban seekor gajah
sinis terukir lengkungan sabit di bibir.

kau dongak ke langit
seperti mengharapkan sesuatu
sedetik itu kau tunduk bisu
dalam kehampaan.

hati bertanya
kau tak terjawab
kau biarkan diri terus basah
dalam hujan lebat.

teriak lagi pekik lagi
kenapa aku?
kenapa aku?
senyap bisu dan kaku di situ.....





Monday 11 April 2011

Dan Bila Dia Pun Hilang



Kalau takut dilambung ombak
jangan cuba berumah di tepi pantai


datang dan pergi
bila dia ada kau tak ambil peduli
dan bila dia hilang
kau menangis mencari

bila satu masa dia pergi
dengan membawa harapan
dan kau datang membunuh
impian.

semua yang ada hancur berkecai
jangan salahkan dia
dia hanyalah seorang yang mengharap
janji yang di ikat kau tunaikan.





Monday 4 April 2011

Sepi Yang Membunuh

Senyap dan sunyi
adakala mendamaikan
menenangkan jiwa
tapi jadi parah bila ia membunuh...


Jujurnya aku benci ditinggalkan sendiri
rasa sedih akan mula menghantui
bukan takut sendiri
tapi sepi yang keterlaluan
buatkan aku rasa seperti mati...

Thursday 13 January 2011

Hujan Kecewa

.
.
Hujan...
kau datang lagi saat aku kesedihan
bagaikan turut memahami jiwa yang sepi
hati yang pedih bagai dihiris
sakit dan perit ini aku tahankan
.
Hujan...
ku andaikan seperti hati ku yang patah
turut turun menangis bersama aku
jiwa yang semakin hilang
hampir sudah kepenghujung
.
.
.
.

Tuesday 11 January 2011

Mimpi

.
.
.
Kala di peluk sang dingin
hati menjadi sayu
sepi yang menyelubungi
datang bagai hukuman dari ilahi
.
langit yang dulu cerah menjadi gelita
guruh dan petir saling bertelagah bagaikan amarah!
titis air dari langit menimpa diri
bagaikan penyucian dosa dan noda
ini hukuman dari tuhan!
hukuman dari tuhan!
.
teriakkan garang menengking
aku terpelanting jauh di sudut kegelapan
hanya menanti di hadapkan ke pengadilan
untuk di jatuhkan hukuman
hukuman jiwa!
.
.
.

Sunday 9 January 2011

Kitaran Melepas Paksi

Roda yang membulat akan berputar

andai ianya bersegi?

.

melihat tidak sama dengan yang merasai

andai itu sekadar pandangan yang kosong?

.

hitam bukan putih dan putih bukan kelabu

andai warnanya unggu?

.

kita punya 2 buah pinggang 2 paru paru (kiri dan kanan)

tetapi mengapa 1 jantung dan 1 hati?

.

sama tapi tak serupa bukan juga seiras

kiri dan kanannya bagaimana?

.

dari jauh bintang dan bulan itu indah

tetapi hampa bila dekat...kan?

.

.

.

.

Friday 7 January 2011

Hujan Dan Kenangan

.
.
Aku tak suka hujan sejuk beku dingin sunyi sepi gelap dan sedih..
.
kau tahu,hujan itu TANGISAN buat aku..
.
aku patah hati dalam hujan lebat,waktu itu aku lihat dia pergi jauh dari aku dan HILANG..
.
aku kecewe parah dalam hujan lebat,parang tajam jatuh hampir kena kaki aku..
.
waktu hujan aku lihat dia tapi KOSONG..
.
aku MERATAP dalam hujan pipi basah walau berkali aku keringkan..
.
hujan terus turun dengan lebat seakan tidak mahu berhenti dan aku KECEWA..
.
aku hilang punca sejak dia TIADA..
.
itu kesalahan terbesar yang tidak pernah terampun sejak dia PERGI..
.
dan hari ini hujan lagi aku SEPI...
.

.
.
.
.
Tuhan,tolong bagi aku jalan untuk pergi
aku mahu menjauh dan terus hilang
lalu dilupakan buat selamanya.....
.
.
.

Thursday 6 January 2011

Perindu Bayangan


.

Ku pandang ke sisi terlihat kamu

manis senyuman bersinar mata

penuh harapan

tidur malam ku indah

dihiasi mimpi bayanganmu

.

.

.

jaga ku hampa kau tiada

tinggal bayangmu

yang selalu memeluk aku

tika waktu sepi ku....

.

.

.

:: ilham dari hati yang patah ::

.

.

.

Air Dari Langit

Titisan jernih menimpa laman
dingin membeku
sejuk
.
.
sayu
.
.
sepi
.
.
sunyi
.
.
ah,aku pegun di sini
.
.
.
.