.

.
AMARAN : semua hasil karya adalah 100% hak milik penulis.boleh copy jika mahu dengan bersyarat,kreditkan ke link blog penulis asal.memplagiat,mengcopy,cetak rompak, sebagai hak milik sendiri adalah di larang sama sekali.sekian terima kasih kekasih.
.

Thursday 19 May 2011

Hakikat



semakin menjauh kini
perlahan-lahan keluar
dan cuba untuk lari
senyap!
jangan sampai ada yang sedari.

bagaikan tiupan angin
tak kelihatan tapi tetap boleh
di rasai...
lalu datang dan pergi sekejap
hilang tanpa jejak.

mimpi yang cuba kau ubah
menjadi hakikat
sebenarnya adalah khayalan semata
ilusi yang langsung tidak pernah lengkap.

diam kamu!
kata-kata ini kau tuju buat siapa?
buat aku! buat aku!
buat aku seseorang yang telah kalah!

dengan lemah ia melangkah longlai
bagaikan seorang pahlawan yang
sudah kalah di medan pertempuran
yang tidak nyata...





7 comments:

  1. terima lah hakikat walaupun pahit..

    ReplyDelete
  2. seperti ada seorang kawan yang berteriak ke arah aku...

    "please give up Ghost!"

    ReplyDelete
  3. aku cuma berdaya membaca...

    ReplyDelete
  4. dari segumpal tanah AKU menjadikan kamu(hamba) maka sayangilah AKU... Kerana sesungguhnya AKU Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

    p/s: pandang langit apa yang kau lihat... kalau tiada apa2... sila pastikan kau cari 'DIA' sebab suatu hari nanti bila kau toleh ke arah langit semula... kau akan tersenyum... beda...

    ReplyDelete
  5. puisi nie best... give up tapi tak sepenuhnya give upkan?...

    ReplyDelete
  6. macy. tak pernah singgah sebelum ni.. maaf..

    ReplyDelete
  7. Dah berkali singgah sini dan berkali-kali juga cuba memahami di sebalik tiap patah kata yang ditinggalkan.. Tapi entah kenapa, mata bagai tak melihat makna yang cuba disampaikan. Hingga datang hari ini dan diri dapat memahami makna disebalik kata-kata.

    Berbahagialah Kak Rose.. Pasti ada sejuta bahagia di luar sana yang akan menantimu.. Senyum ceria buat kak Rose dari kejauhan.. :)

    ReplyDelete