.

.
AMARAN : semua hasil karya adalah 100% hak milik penulis.boleh copy jika mahu dengan bersyarat,kreditkan ke link blog penulis asal.memplagiat,mengcopy,cetak rompak, sebagai hak milik sendiri adalah di larang sama sekali.sekian terima kasih kekasih.
.

Tuesday 26 April 2011

Sakit Jiwa II



cuba bertahan tapi payah
cuba bersabar tapi susah
semuanya ujian itulah dugaan
bahu berat tak mampu angkat.

kenangan bila datang
kadang kala menyakitkan
mengapa perlu diingat
kalau bisa melukakan.

dan rindu yang terpendam
berasak-asak memaksa di bebaskan
sakit menyimpan terlalu lama
penat sembunyi perasaan.

satu persatu diulang tayang
terlakar di depan mata yang tidak nyata
cuba sentuh tapi ia telus
cuba gapai tapi ia hilang.

kau sakit! kau sakit!
jiwa kau memang sakit!
kuatlah wahai jiwa.....





Sunday 24 April 2011

Sakit Jiwa



Hari ini hujan lagi
langit murung dan menangis lagi
Rintik yang jatuh kau kira satu persatu
bertakung dan melimpah.

dalam hela nafas itu
kedengarannya berat sekali
bagai memikul beban seekor gajah
sinis terukir lengkungan sabit di bibir.

kau dongak ke langit
seperti mengharapkan sesuatu
sedetik itu kau tunduk bisu
dalam kehampaan.

hati bertanya
kau tak terjawab
kau biarkan diri terus basah
dalam hujan lebat.

teriak lagi pekik lagi
kenapa aku?
kenapa aku?
senyap bisu dan kaku di situ.....





Monday 11 April 2011

Dan Bila Dia Pun Hilang



Kalau takut dilambung ombak
jangan cuba berumah di tepi pantai


datang dan pergi
bila dia ada kau tak ambil peduli
dan bila dia hilang
kau menangis mencari

bila satu masa dia pergi
dengan membawa harapan
dan kau datang membunuh
impian.

semua yang ada hancur berkecai
jangan salahkan dia
dia hanyalah seorang yang mengharap
janji yang di ikat kau tunaikan.





Monday 4 April 2011

Sepi Yang Membunuh

Senyap dan sunyi
adakala mendamaikan
menenangkan jiwa
tapi jadi parah bila ia membunuh...


Jujurnya aku benci ditinggalkan sendiri
rasa sedih akan mula menghantui
bukan takut sendiri
tapi sepi yang keterlaluan
buatkan aku rasa seperti mati...