.

.
AMARAN : semua hasil karya adalah 100% hak milik penulis.boleh copy jika mahu dengan bersyarat,kreditkan ke link blog penulis asal.memplagiat,mengcopy,cetak rompak, sebagai hak milik sendiri adalah di larang sama sekali.sekian terima kasih kekasih.
.

Wednesday 22 June 2011

Bisikan Suara Sang Perindu



Jauh-jauh ku renung mentari itu
hampir terbenam membiaskan
warna-warna indah
hari yang tadi hangat semakin
dingin dan sejuk

bising-bising ombak
aku abaikan terpaku dengan
renungan kosong tanpa perisa
dia datang lagi kembali ganggun aku
kenangan lalu

pejam mata cuba untuk melupakan
tapi imbasan itu berputar tiada hentinya
ah,teriaklah jeritlah pada alam
biar sumbang suara kedengaran
asal saja hati merasa puas

tahu,kau itu sudah lama sakit
sakit memendam rindu dari kejauhan
yang amat panjang.....





6 comments:

  1. Berceritalah dengan unggas, berkatalah pada pesisir pantai, khabarkan pada bayu yang berhembus, dan luahkan pada ombak yang menghempas...
    Semoga ketenangan itu hadir untukmu melepaskan semua kerinduan yang bersarang di dada...

    ReplyDelete
  2. sesekali membaca dalam tenang...tulisan blog hari ini semuanya garang2....seram

    ReplyDelete
  3. sudah masanya untuk merawat dengan kesungguhan.

    ReplyDelete
  4. bila rindu,
    pejam mata.
    cuba rasa,
    hadirnya dia.
    dalam hati.
    setia disisi.
    indah.

    ReplyDelete